Wednesday 20 April 2011

Karangan Ku (Perkembangan Teknologi Maklumat )

   Banyak fakta yang mengatakan bahawa perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) banyak mendatangkan manfaat kepada individu,masyarakat dan negara .Bagi merealisasikan hasrat negara maju sebagaimana  yang diuar-uarkan dalam  agenda Wawasan 2020,kerajaan telah mengambil pelbagai inisiantif dan beberapa tindakan drastik telah dilakukan meliputi pelbagai aspek.
    Dalam bidang pendidikan,kerajaan melakukan pembestarian sekolah secara berperingkat-peringkat.Penggunaan  komputer dan aplikasi jaringan maklumat telah didedahkan  kepada pelajar .Secara  tidak langsung penggunaan teknologi  maklumat  dalam pendidikan  dapat membuka minda  pelajar agar mereka celik maklumat
     Dri segi sosial,perkembangan TMK  dapat membantu rakyat berhubung antara satu dengan yang lain.Penggunaan e-mel,sembang maya ,khidmat pesanan ringkas melalui telefon bimbit misalnya dapat menjimatkan masa dan wang sekali gus dapat merapatkan hubungan silaturahim antara satu dengan yang lain


peacee                                                                -farrah fazira-

No comments:

Post a Comment