Tuesday 26 April 2011

Sumayyah-Hijjaz


~Siti Ahlam~

ahli kumpulan

faedah membaca

1. Membaca dapat mengusir perasaan was-was, kecemasan dan kesedihan
2. Membaca dapat menghindarkan diri agar tidak tenggelam dari hal-hal yang batil
3. Membaca dapat menjauhkan kemungkinan seseorang untuk berhubungan dengan orang-orang yang menganggur dan tidak memiliki aktivitas
4. Membaca dapat melatih lidah untuk berbicara dengan baik, menajuhkan kesalahan ucapan dan menghiasi dengan balaghah dan fashahah.
5. Membaca dapat mengembangkan akal, mencerahkan fikiran dan membersihkan hati nurani.
6. Membaca dapat meningkatkan pengetahuan dan mengembangkan daya ingat serta pemahaman.
7. Dengan membaca orang dapat mengambil pelajaran dari pengalaman orang lain, kebijaksanaan dan pemahaman ulama (ilmuwan)
8. Mematangkan kemampuan seseorang untuk mencari dan memproses pengetahuan, untuk mempelajari bidang-bidang pengetahuan yang berbeda, dan penerapan pada kehidupan nyata.
9. Menambah keimanan, khususnya ketika membaca buku-buku karangan kaum muslimin. Sebab buku merupakan; pemberian nasehat yang paling agung, pendorong jiwa yang paling besar, dan penyuruh kepada kebaikan yang paling bijaksana.
10. Membaca dapat membantu pikiran agar lebih tenang, membuat hati agar lebih terarah, dan memanfaatkan waktu agar lebih terbuang percuma.
11. Membaca dapat membantu memahami; proses terjadinya kata secara lebih detil, proses pembentukan kalimat, untuk menangkap konsep dan untuk memahami apa yang berada di balik tulisan.
Seorang penyair mengatakan :
Kehidupan jiwa adalah konsep dan makna,
bukan yang engkau makan dan minum.

KEPENTINGAN SUKAN UNTUK KESIHATAN

Sukan merupakan salah saatu bentuk aktiviti fizikal yang sangat baik untuk kesihatan tubuh badan.
Adakah anda tahu kepentingan sukan dalam diri kita? Adakah anda mengetahui bahawa sukan juga bagus untuk kesihatan? Terdapat beberapa kepentingan bersukan untuk kesihatan:
Saluran darah yang lancar

  • Mental dan fizikal yang cergas 
  • Otak yang cerdas. Badan yang sihat memerlukan otak yang cerdas. Kita memerlukan minda yang cerdas untuk berfikir. Selepas berehat daripada bersukan, otak menjadi lebih aktif daripada biasa.
  • Selain menjaga pemakanan yang seimbang, aktiviti fizikal dapat membantu badan mengimbangkan penggunaan dan penyimpanan tenaga badan. Bagaimanapun, sukan lasak atau yang memerlukan tenaga yang banyak mungkin akan meninggalkan kesan buruk kepada badan.

makanan seimbang

MAKANAN SEIMBANG
Makanan seimbang merupakan makanan yang harus dimakan untuk memastikan tubuh badan seseorang berfungsi dengan normal. Makanan seimbang seharusnya memberikan kita tenaga. makanan yang mencukupi, karbohidrat, protein dan lemak secara optimum, kandungan fiber yang mencukupi dan kandungan bahan galian, vitamin dan asid lemak.Makanan yang memberi tenaga dapat membina badan, dan dapat menjauhi kita daripada mendapat penyakit. Amalan pemakanan sihat adalah satu faktor yang penting ke arah kesihatan sekeluarga dan seharusnya dipupuk dari rumah. Selain daripada menyelerakan dan mampu dibeli, makanan yang dikongsi bersama sekeluarga mestilah berkhasiat dan sihat. Makanan seimbang seharusnya memberi :

i. Tenaga makanan yang mencukupi
ii. Karbohidrat, protein dan lemak secara optimum.
iii. Kandungan fiber yang mencukupi
iv. Kandungan bahan galian, vitamin dan asid lemak.

Makanan ini terdiri dari tiga kumpulan iaitu makanan yang memberi tenaga, menjauhi dari penyakit dan membina sel-sel dan tisu tubuh.
A. Makanan yang memberi tenagaDi Malaysia tenaga 50-60% penduduk didapati daripada nasi. Namun begitu makanan lain yang menghasilkan tenaga termasuk semua jenis bijirin seperti jagung, gandum, beras, bali, ubi keledek, keladi, ubi kayu, kentang dan lain-lain. Makanan lain yang menghasilkan tenaga �dalah makanan yang mengandungi gula seperti gula pasir, sirap, jem dan madu.B. Makanan membina badan Protein ah�la makanan membina badan. Protein membina sel-sel atau jeringan tisu dalam badan kita. Punca protein adalah daripada ikan, ketam, kepah, sotong, ayam, itik, dan lembu. Kekurangan sumber protein boleh membantutkan pertumbuhan seseorang termasuk pembentukan otot. Kekurangan protein juga mempengaruhi pembentukan darah dan ini menyebabkan badan menjadi lesu.C. Makanan menjauhi penyakitMakanan jenis ini merupakan makanan yang membekalkan tubuh dengan bahan-bahan yang mengekalkan semua perjalanan organ di dalamnya. Ia mencegah tubuh daripada menghidap penyakit. Makanan jenis ini meliputi sayur-sayuran dan buah-buahan.

TIP PELAJAR CEMERLANG

1)PANDUAN MENCATAT NOTA

• Nota adalah merupakan bahan yang dicatat oleh seseorang pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Mencatat nota perlu kerana anda tidak perlu mengingat semua apa yang telah dipelajari. Nota menjadi bahan rujukan apabila kita terlupa sesuatu maklumat atau fakta.

• Mencatat nota adalh satu seni. Nota yang sistematik, tersusun dan dalam bentuk yang menarik, dapat meningkatkan daya ingatan pelajar dan keberkesannya dalam proses pembelajaran. Kemahiran ini boleh dipelajari dan diperbaiki dengan usaha, latihan dan minat pelajar-pelajar.

• Oleh itu, seorang pelajar seharusnya mencari dan berusaha untuk mempraktikan teknik-teknik dan selok belok untuk menyediakan nota yang bermutu.

Mengapa perlu Membuat nota ?


• Semasa mencatat nota, anda menggunakan otak untuk berfikir secara kritis, analitik, dan kreatif untuk menapis isi-isi penting semasa cikgu mengajar atau semasa sedang membaca.

• Dapat membantu pelajar mengimbau kembali apa yang telah diipelajari daripada guru atau apa yang kita baca.

• Nota merupakan rekod kekal yang boleh dirujuk bila-bila masa atau apabila terlupa.

• Mencatat nota adalah satu kaedah berkesan untuk pengukuhan.

• Nota membolehkan pelajar tidak perlu mengingat semua yang telah dipelajari.

• Nota yang telah disediakan pada peringkat awal boleh membantu pelajar membuat rujukan akhir sebelum menghadapi peperiksaan.

Nota daripada buku teks

Pelajar yang menganggap mencatat nota daripada buku teks hanya membuang masa , haruslah berfikir semula. Mencatat nota daripada buku teks atau rujukan ada banyak kelebihannya. Misalnya:


• Membantu pelajar memhami pelajaran


• Berguna jika tidak mampu membeli buku rujukan


• Dapat melatih berfikir dapat memningkatkan penguasaan berfikir dalam sesuatu topik.

Teknik Mencatat Nota

Berikut ada beberapa panduan di mana pelajar boleh menggunakannya untuk mencatat nota:
• Buat persediaan yang lengkap-misalnya pen,pensil,kertas dan buku.
• Tuliskan tajuk nota yang hendak dibuat.
• Kenalpasti kata kunci. Gunakan formula [4 w + h]
What [Apa]
Why [kenapa]
When [bila]
Where [di mana]
How [bagaimana]
• Catatkan isi-isi penting sahaja seperti definisi, keterangan dan penjelasan.
• Lukiskan gambarajah atau carta yang sesuai.





Ciri-Ciri Nota Yang Baik

• Terdiri daripada isi-isi penting [utama].
• Nota biarlah terang, kemas dan mudah dibaca.
• Nota ditulis di dalam buku catatan yang khas untuk sesuatu mata pelajaran.
• Catatkan isi-isi penting sahaja dengan menggunakan ayat sendiri.
• Gunakan dalam bentuk point, elakan menyalin ayat yang panjang.
• Kalau perlu gunakan kependekan ejaan yang anda boleh faham.
• Gunakan pen pelbagai warna untuk menarik perhatian mata dan minda anda seterusnya membawa kepada penumpuan ketika membaca.


• Contoh-Contoh Nota
Peta Minda
Carta
Grafik


2)TEKNIK BELAJAR BERKESAN



Bagi mereka yang telah berjaya dengan cemerlang,beberpa pendekatan belajar telah diamalkan. Para pengkaji teknik belajar telah juga menghasilkan beberapa pendekatan pembelajaran yang berkesan.

Terpulang kepada kita sebagai pelajar untuk mengikuti teknik mana yang paling sesuai dan paling mudah difahami. Untuk membantu pelajar di sini terdapat beberapa teknik belajar akan diutarakan.



Teknik Belajar 5R-STUV

• Recopy [salin semula]
• Rework all model 5 x [buat semula contoh/cepat/5x]
• Recite out loud Repeatedly [lafaz kuat berulang kali]
• Recheck [semak semula]
• Reasonnablenes [jawapan berpatutan/sebaliknya]
• S-sumarize [ringkaskan nota penting]
• T-test your self [uji diri anda]
• U-use [gunakan]
• V-visualize [bayangkan selalu]

Teknik Belajar Secara Pembayangan
• Kita mempunyai apa yang dinamakan otak kanan dan otak kiri. Otak kiri melibatkan pemikiran bercorak 'akademik' seperti perkataan, nombor, kebolehan saintifik, matematik, bahasa, analisisi dan penggunaan tangan kanan.
• Otak kanan pula melibatkan aktiviti bersangkutan irama, imaginasi, warna, khayalan, ilham, corak, dimensi dan penggunaan tangan kiri.
• Persoalan yang timbul adakah kita menggunakan kedua-dua bahagian otak dengan bijaksana. Umpamanya adakah kita selalu menggunakan otak kanan kita untuk menghayalkan pelajaran atau atau adakah ia selalu digunakan untuk menghayalkan dan mengimaginasi masalah peribadi, angan-angan kosong, dendam, hasad-dengki,amalan ilmu hitam dan perasaan yang tidak berhubungkait dengan pelajaran.


• Jika otak bahagian kanan ini belum lagi digunakan sepenuhnya untuk mengkhayalkan pelajaran, maka masanya telah tiba kita mengkikis semua khayalan dan imaginasi kosong dan segerakan gunakan setiap saaat yang ada untuk khayalan digunakan untuk membayangkan pelajaran.


• Teknik pembayangan perlu penumpuan. Penumpuan yang serius amat perlu. Sebaik-baik suasana ialah yang sunyi sepi seperti semasa berehat, semasa berbaring sebelum tidur malam, semasa duduk berseorangan menenangkan fikiran, semasa menumpang bas atau teksi, semasa di stesen bas dan lain-lain.

Sebagai contoh kita ambil suasan berbaring sebelum tidur. Bilik sudah gelap> Keadaan sunyi sepi. Dalam suasana ini, tenangkan fikiran. Mula bayangkan soalan-soalan, raja, sifir, graf dan apa juga yang telah dipelajari. Bayang ia satu demi satu. Untuk menguatkan tumpuan tulis, lukis apa yang diingat di atas tilam dengan menggunakan telunjuk anda. Amalakan ini setiap malam. soal diri anda, satu ke satu soalan, mata pelajaran ke mata pelajaran sehinggalah tertidur. Ulangi bila terbangun di tengah malam. Amalkan ia dari sehari ke sehari, seminggu ke seminggu, sebulan ke sebulan bermula ddari tingkatan 1 hingga ke tingkatan 6. Bila ruangan khayalan ini dipositifkan dengan fikiran sehat, anda akan rasakan hasil usaha ini. Bagi anda yang belum mengamalkannnya, cuba mula dari sekarang.


Teknik Belajar PV3RQUS
• Preview (tinjauan awal)
• Question (soal diri)
• Read & Underline (Baca,garis dan tanda)
• Recite & write (lafaz dan tulis nota)
• Review (tinjauan akhir)
• Sumarize (ringkaskan)
• Test your self (uji diri anda)
• Use (gunakan)
• Visualize (bayangkan)


7 Cara Cemerlangkan Otak
• Positive mental attitude & positive physical action.
• Air-clean air for the brain.
• Mental Challenges for the brain.
• Food for the brain.
• Exercise for the brain.
• Sleep for the brain.
• Meditation & power brain.

Amalan peningkatan daya ingatan

• Faham.
• Jarakkan/pecahkan masa belajar.
• Lafazkan isi penting dengan cara yang kuat.
• Percaya pada diri sendiri.
• Ulang berkali-kali.
• Guna kata kunci, kata isyarat. kata rahsia & ungkapan lucu.
• Ulangkaji semasa berbaring sebelum tidur & semasa bangun tidur.
• Bayangkan selalu (20 peringkat masa cemerlang).



3)PENGURUSAN MASA

Kepentingan Masa

Masa amat penting untuk semua makhluk di dunia ini. Di dalam al Quran banyak ayat yang menyentuh tentang pentingnya mengurus masa. Salah satu ayat al Quran yang menyentuh kepentingan masa adalah seperti berikut. Maksdunya:

"Demi masa.Sesungguhnya manusia itu berada di dalam kerugian. Kecuali merka yang beriman dan beramal soleh serta berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan dengan kesabaran"


Pembahagian Masa

Pembahagian masa kepada semua manusia adalah sama banyak. Setiap orang akan menerima masa yang sama dalam sehari iaitu 24 jam. Penggunaan masa dalam sehari, seminggu,sebulan dan seterusnya akan memberi faedah hanya kepada merka yang pandai mengurus masa.

Dalam hal ini Rasullulah s.a.w berpesan:Bersedialah
• Masa hidup sebelum mati
• Masa sihat sebelum sakit
• Masa muda sebelum tua
• Masa kaya sebelum miskin
• Masa senang sebelum susah

Peringatan ini kepada semua pihak terutamanya kepada para pelajar yang akan menempuh alam peperiksaan.Persediaan masa belajar diperingkat awal akan memudahkan pelajar menghadapi persediaan peperiksaan pada peringkat akhir.Jika penggunaan masa dapat diatur dengan bijak sudah pasti akan membawa kejayaan yang cemerlang.

Faktor-Faktor Pengurusan masa.

Sebelum dapat mengurus masa dengan bijak, terdapat beberapa perkara atau faktor yang boleh menyebabkan seseorang kehilangan masa dengan cara tidak berfaedah. Misalnya:
• keluarga
• rakan-rakan
• aktiviti yang tidak berfaedah
• pengaruh media massa
• sikap


Cara mengurus masa
Terdapat beberapa kaedah mengurus masa agar tidak terbuang begitu saja.
Misalnya:
• senaraikan semua aktiviti yang dijalankan dalam satu hari.
• susun atur aktiviti berdasarkan kepentingannya.
• elakan menyenarai aktiviti yang tidak berfaedah.
• agihkan masa dalam sehari untuk setiap aktiviti.
• buat satu jadual untuk aktiviti anda dengan masa yang diperuntukkan.
• Disiplinkan diri melakukan semua aktiviti yang telah anda tetapkan.
• Jika berjaya dalam sehari,cuba buat jadual aktiviti dalam masa seminnggu.
• Jika amalan di atas dapat dilakukan dengan teratur dan berdisiplin,sudah pasti para pelajar dapat menggunakan masa dengan baik.

Rahsia-rahsia di sebalik pengurusan masa pelajar cemerlang.
• Masa sebelum tidur - masa berbaring sebelum tidur. Aamalkan teknik belajar secara bayangan. Menulis atau menyelesaikan masalah dengan cara menulis dengan menggunakan jari telunjuk di atas tilam.
• Masa terbangun di tengah malam(sama seperti belajar sebelum tidur)
• Masa bangun tidur. Subuh/pagi.Bayangkan pelajaran semalam.
• Masa ke tandas waktu pagi (ingatkan perkara yang terlupa)
• Masa ke tandas waktu malam (ingatkan perkara yang terlupa)
• Masa bercermin (Lekatkan Nota penting Dekat cermin)
• Masa sarapan pagi (Baca selembar dua suratkhabar)
• Masa berjalan ke sekolah (Tanya diri-sifir dan formula)
• Masa menunggu bas (Ulangkaji kad nota atau bayangkan)
• Masa di dalam bas atau kereta (ulangkaji harian/cepat)
• Masa berjalan ke sekolah ( Tanya diri pasal sifir , formula dan lain-lain lagi)
• Masa sampai awal pagi ke sekolah ( ulangkaji harian/cepat)
• Masa menunggu cikgu yang terlewat(ulangkaji cepat)
• Masa rehat (ke perpustakaan baca ringkas buku-buku)
• Masa sebelum pulang (Lwatkan pulang buat kerja rumah)
• Masa berjalan pulang ( tanya diri pasal sifir)
• Masa berada dalam bas ( baca kad nota)
• Masa rehat selepas makan (baca novel/majalah)
• Masa rehat selepas maka n malam (Baca rencana akhbar dan lain-lain)
• Masa menonton tv (melukis rajah-rajah, peta, tulis formula dan lain-lain)

MASA TERPENTING DALAM PEMBELAJARAN CEMERLANG



Pemimpin Masa Depan Negara

      Tidak  dapat  dinafikan bahawa peranan belia  dalam pembangunan sesebuah negara amat besar dan tidak seharusnya  dipandang sepi  .Golongan  belia yang dikategorikan sebagai  golongan yang berusia antara  18 tahun hingga 40 tahun merupakan golongan  yang mewakili hampir 70 peratus rakyat di negara ini dan menjadi pemangkin terhadap kecemerlangan dan  pembangunan negara pada masa depan.
      Dalam bidang ekonomi,kaum belia memainkan peranan yang penting dalam menggerakkan semua  sektor.Kaum  belia  sewajarnya  aktif  menjana kekuatan  ekonomi  .Mereka  perlu  mampu berdaya saing di  peringkat global sama ada  sebagai usahawan ,ahli  korporat,tenaga pekerjaan  bawahan dan sebagainya.
      Di samping itu,kaum belia hendaklah melibatkan diri  dalam kegiatan  sukan  sama ada aktiviti sukan  lasak ,rekreasi mahupun sukan profesional.Di samping meningkatkan kesihatan dan kecerdasan tubuh badan,penglibatan  belia dalam sukan dapat  melonjakkan nama negara  di persada antarabangsa  sekali gus dapat memupuk  hubungan persabahatan dan perasan muhibah antara negara .

                                                                                                                     ~Diyana  Zainan ~

pantun mantun

Sirih berlipat sirih pinang
Sirih dari Pulau Mutiara
Pemanis kata selamat datang
Awal Bismillah pembuka bicara
**********
Tetak buluh panjang suluh
Mari jolok sarang penyengat
Angkat doa jari sepuluh
Doa minta biar selamat
**********
Tuailah padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intailah kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan
**********
Hendak dulang diberi dulang
Dulang berisi sagu mentah
Hendak pulang ku beri pulang
Tinggalkan pantun barang sepatah
**********
Lancang kuning lancang pusaka
Nampak dari Tanjung Puan
Kalau kering laut Melaka
Barulah saya lupakan tuan
**********
Asam kandis mari dihiris
Manis sekali rasa isinya
Dilihat manis dipandang manis
Lebih manis hati budinya
**********
Ayam hutan terbang ke hutan
Tali tersangkut pagar berduri
Adik bukan saudara bukan
Hati tersangkut kerana budi
**********
Ayam rintik di pinggir hutan
Nampak dari tepi telaga
Nama yang baik jadi ingatan
Seribu tahun terkenang juga
**********
Bila memandang ke muka laut
Nampak sampan mudik ke hulu
Bila terkenang mulut menyebut
Budi yang baik ingat selalu
**********
Burung Serindit terbang melayang
Mari hinggap di ranting mati
Bukan ringgit dipandang orang
Budi bahasa rangkaian hati
**********
Bukan lebah sebarang lebah
Lebah bersarang di pohon kayu
Bukan sembah sebarang sembah
Sembah adat pusaka Melayu
**********
Bukan lebah sebarang lebah
Lebah bersarang di rumpun buluh
Bukan sembah sebarang sembah
Sembah menyusun jari sepuluh
**********
Laksamana berempat di atas pentas
Cukup berlima dengan gurunya
Bagaikan dakwat dengan kertas
Sudah berjumpa dengan jodohnya
**********
Membeli papan di tengah pekan
Papan kecil dibuat tangkal
Mengapa umpan ikan tak makan
Adakah kail panjang sejengkal
**********
Rumah limas anjung Selatan
Bunga kemuning tumbuh di laman
Tangkainya emas bunganya intan
Bolehkah ranting hamba patahkan
**********
Tumbuh betik di tepi laman
Pokok berangan pokok teruntum
Sungguh cantik bunga di taman
Bolehkah gerangan petik sekuntum
**********
Asam kandis asam gelugur
Ketiga asam si riang-riang
Menangis mayat di pintu kubur
Teringat badan tidak sembahyang
**********
Baik-baik menanam selasih
Jangan menimpa sipohon sena
Baik-baik memilih kekasih
Jangan sampai badan merana
**********
Baik-baik mengail tenggiri
Takut terkena siikan parang
Baik-baik merendah diri
Jangan menjadi hamba orang
**********
Bintang tujuh sinar berseri
Bulan purnama datang menerpa
Ajaran guru hendak dicari
Mana yang dapat janganlah lupa
**********
Buah mangga melendur tinggi
Buah kuini berangkai tiga
Hidup kita tidur dan mati
Sudah mati baru terjaga
**********
Buat bangsal di Pulau Daik
Menahan taut sambil mengilau
Kalau asal benih yang baik
Jatuh ke laut menjadi pulau
**********
Budak-budak bermain tombak
Tombak diikat dengan rantai
Kalau takut dilambung ombak
Jangan berumah di tepi pantai
**********
Halia ini tanam-tanaman
Ke barat juga akan condongnya
Dunia ini pinjam-pinjaman
Akhirat juga akan sungguhnya
**********
Hari panas mencucuk benang
Benang menjahit baju kebaya
Air jernih lubuknya tenang
Jangan disangka tiada buaya
**********
Kalau tahu peria tu pahit
Tidak ku gulai dengan petola
Kalau tahu bercinta tu sakit
Tidak ku mulai dari semula
**********
Kalau tuan pergi ke Kelang
Belikan saya semangkuk rojak
Jangan diturut resmi kiambang
Sungguhpun hijau akar tak jejak
**********
Pisang kelat digonggong helang
Jatuh ke lubuk di Indragiri
Jika berdagang di rantau orang
Baik-baik menjaga diri
**********
Asap api embun berderai
Patah galah haluan perahu
Niat hati tak mahu bercerai
Kehendak Allah siapa yang tahu
**********
Air dalam bertambah dalam
Hujan di hulu belumlah teduh
Hati dendam bertambah dendam
Dendam dahulu belumlah sembuh
**********
Anak punai anak merbah
Hinggap ditonggak mencari sarang
Anak sungai lagikan berubah
Inikan pula hati orang
**********
Apa guna pasang pelita
Jika tidak dengan sumbunya
Apa guna bermain kata
Kalau tidak dengan sungguhnya
**********
Buah kuini jatuh tercampak
Jatuh menimpa bunga selasih
Biar bertahun dilambung ombak
Tidak ku lupa pada yang kasih
**********
Kajang tuan kajang berlipat
Kajang hamba mengkuang layu
Dagang tuan dagang bertempat
Dagang hamba terbuang lalu
**********
Buah jambu disangka kandis
Kandis ada di dalam cawan
Gula madu disangka manis
manis lagi senyuman tuan
**********
Dari Arab turun ke Aceh
Naik ke Jawa berkebun serai
Apa diharap pada yang kasih
Badan dan nyawa lagi bercerai
**********
Bunga Melati terapung-apung
Bunga rampai di dalam puan
Rindu hati tidak tertanggung
Bilakah dapat berjumpa tuan
**********
Burung Merak terbang ke laut
Sampai ke laut mengangkut sarang
Sedangkan bah kapal tak hanyut
Inikan pula kemarau panjang
**********
Bunga Melur kembang sekaki
Mari dibungkus dengan kertas
Di dalam telur lagi dinanti
Inikan pula sudah menetas
**********
Dalam perlak ada kebun
Dalam kebun ada tanaman
Dalam gelak ada pantun
Dalam pantun ada mainan
**********
Dari Jawa ke Bengkahulu
Membeli keris di Inderagiri
Kawan ketawa ramai selalu
Kawan menangis seorang diri
**********
Dari teluk pergi pangkalan
Bermain di bawah pohon kepayang
Saya umpama habuk di papan
Ditiup angin terbang melayang
**********
Daun selalsih di Teluk Dalam
Batang kapas Lubuk Tempurung
Saya umpama si burung balam
Mata terlepas badan terkurung
**********
Orang Melayu naik perahu
Sedang berdayung hujan gerimis
Hancur hatiku abang tak tahu
Mulut tertawa hati menangis
**********
Orang tani mengambil nipah
Hendak dibawa ke Indragiri
Seluruh alam ku cari sudah
Belum bersua pilihan hati
**********
Pasir putih di pinggir kali
Pekan menyabung ayam berlaga
Kasih tak boleh dijual beli
Bukannya benda buat berniaga
**********
Ribu-ribu pokok mengkudu
Cincin permata jatuh ke ruang
Kalau rindu sebut namaku
Airmata mu jangan dibuang
**********
Kalau roboh kota Melaka
Sayang selasih di dalam puan
Kalau sungguh bagai dikata
Rasa nak mati di pangkuan tuan
**********
Limau purut lebat di pangkal
Batang mengkudu condong uratnya
Hujan ribut dapat ditangkal
Hati yang rindu apa ubatnya
**********
Kalau menyanyi perlahan-lahan
Dibawa angin terdengar jauh
Rindu di hati tidak tertahan
Di dalam air badan berpeluh
**********
Ku sangka nanas atas permatang
Rupanya durian tajam berduri
Ku sangka panas hingga ke petang
Rupanya hujan di tengahari
**********
Kayuh perahu sampai seberang
Singgah bermalam di kampung hulu
Bukan tak tahu dunia sekarang
Gaharu dibakar kemenyan berbau
**********
lembing atas tangga
perisai atas busut
kening atas mata
misai atas mulut
**********
anak ikan dipanggang sahaja
hendak dipindang tidak berkunyit
anak orang dipandang sahaja
hendak dipinang tiada berduit
**********
saya tak hendak berlesung pauh
lesung pauh membuang padi
saya tak hendak bersahabat jauh
sahabat jauh merisau hati
**********
burung serindit terbang melayang
singgah dihinggap di ranting mati
duit ringgit dipandang orang
jarang dipandang bahasa budi
**********
batu sangkar batu berpahat
terpahat nama raja bestari
makanan arif, kias ibarat
pantun seloka, ulam jauhari
**********
daun durian jatuh tercampak
lopak-lopak isi selasih
tujuh tahun dilambung ombak
tiada kulupa hati yang kasih
**********
Anak Cik Siti mencari tuba
Tuba dicari di Tanjung Jati
Di dalam hati tidakkan lupa
Bagai rambut tersimpul mati
**********
Limau purut di luar pagar
Rimbun putik dengan bunganya
Hujan ribut padang terbakar
Embun setitik padam apinya
**********
Puas saya bertanam ubi
Nanas jugak dipandang orang
Puas saya menabur budi
Emas juga dipandang orang
**********
Tenang-tenang air di laut
Sampan kolek mudik ke tanjung
Hati terkenang mulut menyebut
rindu kini tiada penghujung
***********
Tinggi-tinggi pohon jati
Tempat bermain simanja sayang
Sungguh tinggi harga budi
Budi dibalas kasih dan sayang
**********
Bunga Tanjung kembang semalam
Pohon tinggi tidak berduri
Gelombang besar di laut dalam
Kerana Tuan saya kemari
**********
Burung merpati terbang seribu
Hinggap seekor di tengah laman
Hendak mati di hujung kuku
Hendak berkubur di tapak tangan
**********
Dari mana hendak ke mana
Tinggi rumput dari padi
Hari mana bulan mana
Dapat kita berjumpa lagi
**********
Padi ini semumba-mumba
Daun kurma daun cempedak
Macam mana hati tak hiba
Entah bertemu entah tidak
**********
Permata jatuh ke rumput
Jatuh ke rumput berbilang-bilang
Dari mata tidakkan luput
Dalam hati tidakkan hilang
**********
Akar keladi melilit selasih
Selasih tumbuh di hujung taman
Kalungan budi jujungan kasih
Mesra kenangan sepanjang zaman
**********
Ayam rintik di pinggir hutan
Nampak dari tepi telaga
Nama yang baik jadi ingatan
Seribu tahun terkenang juga
**********
Anak beruk di tepi pantai
Pandai melompat pandai berlari
Biar buruk kain dipakai
Asal hidup pandai berbudi
**********
  Kiri jalan kanan pun jalan
Tengah-tengah pohon mengkudu
Kirim jangan pesan pun jangan
Sama-sama menanggung rindu
**********
Mendung si mega mendung
Mendung datang dari utara
Jangan selalu duduk termenung
Kalau termenung badan merana
**********
Pohon mengkudu tumbuhnya rapat
Rapat lagi pohon jati
Kawan beribu mudah didapat
Sahabat setia payah dicari
**********
Pokok terap tumbuh di bukit
Belat berbanjar panjang ke hulu
Jangan diharap guruh di langit
Kilat memancar hujan tak lalu
**********
Sampan kotak hilir mudik
Dayung patah galah sebatang
Ikhtiar tidak datang menggolek
Akal tidak datang melayang
**********
Siti Wan Kembang perintah Kelantan
Nama termasyhur zaman dahulu
Baik-baik memilih intan
Takut terkena kaca dan batu
**********
Buah langsat kuning mencelah
Senduduk tidak berbunga lagi
Sudah dapat gading bertuah
Tanduk tidak berguna lagi
**********
Dua paya satu perigi
Seekor bujuk anak haruan
Tuan di sana saya di sini
Bagai pungguk rindukan bulan
**********
Gesek rebab petik kecapi
Burung tempua membuat sarang
Apa sebab jadi begini
Karam berdua basah seorang ?
**********
Hendak gugur gugurlah nangka
Jangan menimpa putik pauh
Hendak tidur tidurlah mata
Jangan mengenang si dia yang jauh
**********
Kain batik negeri seberang
Dipakai anak Tanah Melayu
Apa ertinya kasih dan sayang
Kalaulah abang berjanji palsu
**********
Pantai Cendering pasirnya putih
Anak dagang berulang mandi
Apa disesal orang tak kasih
Sudah suratan diri sendiri
**********
Disana pauh di sini pun pauh
Daun mengkudu ditandungkan
Adinda jauh kekanda jauh
Kalau rindu sama tanggungkan
**********
Pulau Tinggi terendak Cina
Nampak dari Pulau Sibu
Abang pergi janganlah lama
Tidak kuasa menanggung rindu
**********
Putik pauh delima batu
Anak sembilang di tapak tangan
Tuan jauh di negri satu
Hilang di mata di hati jangan
**********

Justin Bieber - Pray (Lyrics)

langkah menyediakan karangan!!

Kejayaan yang dicapai oleh seseorang berpunca daripada perancangan yang dibuat secara teliti. Begitu juga dengan penulisan karangan. Anda juga perlu membuat perancangan sebelum memulakan penulisan karangan.

Perancangan yang dimaksudkan ialah anda hendaklah menyediakan rangka karangan terlebih dahulu. Rangka karangan yang dibuat akan dijadikan panduan sebelum anda menulis karangan.
Antara kepentingan rangka karangan adalah:
a) Dapat mengemukakan isi-isi yang berkaitan dengan kehendak soalan sahaja.
b) Dapat menyusun fakta atau isi mengikut kepentingan.
c) Dapat mengelak daripada pengulangan fakta.
d) Dapat menganggarkan panjang karangan serta isi yang perlu dihuraikan bagi setiap perenggan.
e) Dapat menghasilkan perenggan yang mantap iaitu satu perenggan untuk pendahuluan, empat perenggan untuk isi dan satu perenggan untuk penutup.
Langkah-langkah sebelum menyusun rangka karangan.
a) Sebelum membuat rangka karangan, anda perlu membaca dan memahami kehendak soalan dengan teliti.
b) Anda hendaklah membuat penilaian terhadap setiap soalan. Pastikan anda mempunyai idea yang bernas dan megetahui tentang format karangan yang perlu ditulis.
c) Anda juga boleh membuat analisis mudah daripada soalan itu supaya anda mendapat idea yang jelas tentang tajuk soalan.

Contoh Soalan Karangan

Salah seorang rakan baik anda terlibat dalam masalah disiplin seperti menghisap rokok, sering ponteng sekolah, san pelajarannya juga turut merosot. Sebagai rakan baiknya, anda ingin menasihatinya agar mengubah sikap buruknya itu. Tuliskan nasihat yang dapat anda berikan agar sahabat anda itu dapat mengubah sikapnya.

Analisis Tajuk Soalan

Kunci Soalan (tuliskan nasihat) – Jenis Karangan (surat kiriman tidak rasmi) – Isu-isu utama —
a) seorang rakan baik terlibat dalam masalah disiplin.
b) Menghisap rokok, sering ponteng sekolah
c) Pelajarannya juga turut merosot.
d) Memberikan nasihat kepadanya supaya berubah sikap.

Langkah-langkah menyusun rangka karangan:
a) Selepas membuat analisis tentang sesuatu tajuk, anda bolehlah mula menyusun rangka karangan.
b) Rangka karangan haruslah ditulis dengan ringkas sahaja untuk menjimatkan masa.
c) Rangka karangan yang dibuat mestilah merangkumi pendahuluan, isi-isi penting serta penutup.

frasa

- interpretasi : tafsiran
- mendepangi : menghadapi
- revolusi : perubahan secara cepat dan meluas
- sejagat : seluruh dunia
- bertunjangkan : berdasarkan
- globalisasi : mengenai dunia seluruhnya
- marcapada : dunia sekarang ini
- dangkal : cetek, sedikit
- mapan : mantap, tidak berubah-ubah
- propoganda : pendapat yang dihebahkan untuk mempengaruhi orang ramai
- dinobatkan : ditabalkan
- mangkin : faktor yang mempercepat berlakunya sesuatu perkembangan
- dana : kumpulan wang untuk sesuatu kegunaan
- memantau : melihat
- merintis : membuka jalan, mempelopori
- memacu : menggesa supaya bergerak pantas
- menelusuri : menjejaki
- siratan : sesuatu yang tersembunyi
- terampil : cekap
- diperlekeh : dipermudah
- meritokrasi : sistem sosial yang menyanjung kedudukan seseorang kerana kebolehannya
- merit : sifat / kualiti yang layak mendapat
- mandiri : berdiri sendiri
- aktivis : orang yang melibatkan diri dalam sesuatu kegiatan atau perjuangan secara aktif dan agresif
- pugut : vandalisme
- pincang : ada kekurangannya
- mukadimah : permulaan kata
- fatan : cerdik / pandai
- arbitrari : tidak berasaskan pemikiran
- afiliasi : pertalian
- prolifik : banyak menghasilkan karya
- lampas : halus / lepas mulut
- menyingkap : membongkar / mendedahkan
- kebejatan : kerosakan / keburukan
- tempias : percikan / arus
- kancah : medan / gelanggang
- melestarikan : mengekalkan
- gimik : sesuatu yang digunakan untuk menarik perhatian umum
- malap : pudar / muram
- alaf : seribu tahun
- alpa : lalai / leka
- stereotaip : tidak asli
- menerajui : memimpin / mengetuai
- badai : kekacauan
- sekelumit : sedikit
- meluputkan : menghilangkan
- kepompong : ruang lingkup / sarung
- tersohor : termasyhur
- intiha : akhir / penutup
- berganjak : beralih
- bukti yang konklusif : bukti yang kukuh
- memanifestasikan fikiran : menggunakan idea dengan sebaik-baiknya
- jika ditelusuri : jika dikaji secara mendalam
- alaf baharu : masa terkini
- mutakhir ini : pada masa kini
- landasan berfikir : cara berfikir
- masyarakat konvensional : masyarakat umum/biasa
- mengaibkan diri : memalukan diri
- inteligensia : kumpulan manusia yang bijak
- anjakan paradigma : perubahan demi kemajuan atau kebaikan
- prakarsa : inisiatif/daya usaha
- mendabik dada : kesombongan akibat kejayaan / keangkuhan
- masih bermain dengan fantasi : berkhayal / tidak berfikiran matan
- seantero dunia : seluruh dunia
- di persada antarabangsa : pada peringkat antarabangsa/global
- meluaskan horizon pemikiran : meluaskan pandangan / pemikiran
- menikam sanubari : menusuk perasaan / menjadikan perasaan benar-benar terasa
- integrasi kaum : perhubungan kaum
- menukilkan kata-kata : menyampaikan pendapat/ menulis sesuatu/ menyatakan sesuatu

Berjimat Cermat Amalan Mulia

   Pepatah  melayu ada menyebut  bahawa " beringat semasa ada ,berjimat sebelum habis ".Pepatah ini  ada kaitan dengan nasihat kepada manusia supaya berjimat cermat dalam  segala hal.Berjimat cermat dituntut oleh agama kerana amalan ini dapat  memupuk nilai murni seperti sayang akan harta,sentiasa bersyukur dan prihatin.
   Dalam kehidupan yang semakin mencabar ,sara hidup kita turut  meningkat .Oleh itu ,sewajarnya sikap berjimat cermat  diamalkan .Budaya menabung hendaklah dipraktikkan dengan lebih  giat lagi.
    Berjimat cermat dalam konteks yang lebih luas bukan melibatkan  wang ringgit  semata-mata,malahan  melibatkan  barang  keperluan seperti makanan ,pakaian dan seumpanya .Kita  digalakkan berjimat cermat  dalam semua perkara  dan tidak  membazir kerana  perbuatan membazir amalan syaitan .
     Dalam hal ini kita jangan pula dituduh  sebangai hamba  wang dan digelar tangkai  jering  .Kita hendaklah  mengamalkan nilai  hidup bersederhana dan bijak mengatur  hidup mengikut kemampuan dan keperluan .Tegasnya,orang yang berjimat cermat tidak akan membazir wang untuk membeli  keperluan yang mahal-mahal  atau menjamu selera  saban hari di restoran atau hotel.
     Kita  hendaklah mengamalkan nilai hidup berjimt cermat pada setiap  masa  dan di mana-mana sahaja.Berjimat cermat dapat mendidik kita menjadi  ahli masyarakat yang lebih prihatin terhadap orang lain yang serba kekurangan .Seterusnya ,sikap prihatin dapat membentuk jiwa agar sentiasa insaf dan bersyukur terhadap apa yang ada.

                                                                                                                             - Lailatul umairah-

langkah2 meningkatkan mutu sukan negara

Sebagai wartawan sebuah majalah sukan, anda ditugaskan untuk menulis rencana yang bertajuk “Langkah-langkah Meningkatkan Mutu Sukan Negara”.

Tulis rencana itu selengkapnya.

Langkah-langkah Meningkatkan Mutu Sukan Negara
Oleh: Mohd Shahir Mohd Shah

Kekalahan skuad bola sepak kebangsaan dalam semua perlawanan pada Kejohanan Piala Asia (AFC) serta tumbangnya jagoan badminton negara dalam Kejohanan Badminton Dunia baru-baru ini, seolah-olah mengesahkan bahawa mutu sukan Malaysia semakin merudum. Itu belum lagi mengambil kira prestasi sukan-sukan teras lain seperti hoki, olahraga, renang, dan sebagainya. Kemerosotan pencapaian atlet-atlet negara ketika bertanding sama ada pada peringkat serantau mahupun antarabangsa telah menimbulkan pelbagai tanggapan negatif dalam kalangan peminat sukan di negara ini. Apakah atlet-atlet kita hanya gah ketika bertanding sesama sendiri sehingga mewajarkan gelaran “jaguh kampung?” Ataupun atlet kita kurang bermotivasi apabila bersaing pada peringkat antarabangsa? Walau apa pun pertikaiannya, ternyata pelbagai langkah konkrit dan menyeluruh perlu diambil untuk meningkatkan mutu sukan negara, agar kita dapat “duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi” dengan negara-negara lain dalam bidang sukan.

Dalam hal ini, perkara utama yang perlu diberi perhatian ialah dengan merombak jawatankuasa induk yang menaungi sesebuah persatuan sukan. Bukan lagi rahsia, kebanyakan persatuan-persatuan sukan di Malaysia dipimpin oleh elit politik. Lihat sahaja persatuan-persatuan seperti Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Persekutuan Hoki Malaysia (PHM), dan Persatuan Badminton Malaysia (BAM). Malangnya, para pemimpin yang dipilih secara “sebulat suara” ini, sering menjadikan persatuan berkenaan sebagai medan untuk mencari pengaruh dan meneruskan agenda politik mereka. Keghairahan memenuhi agenda peribadi, menyebabkan program pembangunan sukan dan atlet telah “dianak tirikan” oleh mereka. Kedangkalan ilmu tentang bidang sukan serta kegagalan memahami perubahan yang berlaku, mewajarkan ketandusan pencapaian para atlet kita. Berkaitan hal ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdulah Ahmad Badawi pernah menyeru agar para pemimpin politik melepaskan jawatan mereka dalam persatuan sukan agar program pembangunan sukan hanya ditangani oleh individu yang berkelayakan. Justeru, sewajarnya barisan kepimpinan sukan ini dirombak dan seterusnya memberikan laluan kepada muka-muka baru yang mempunyai latar belakang bidang sukan serta beriltizam tinggi untuk memajukan mutu sukan negara, bak kata pepatah, “hanya jauhari yang mengenal manikam”.

Di samping itu, program-program pembangunan atlet juga perlu diperbaiki dan diberi nafas baru dalam usaha melahirkan atlet yang berdaya saing dan mampu mengibarkan cabaran negara pada peringkat antarabangsa. Kerajaan melalui Kementerian Belia dan Sukan telah menyediakan peruntukan yang cukup banyak untuk menyokong program-program pembangunan sukan di negara ini seperti penubuhan Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut Sukan Negara (ISN). Program pembangunan sukan ini meliputi aspek-aspek kritikal seperti kewangan, kejurulatihan, pemakanan, psikologi, dan sebagainya. Berhubung dengan isu ini, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Azalina Othman pernah menegur tentang cara pemakanan para pemain bola sepak kebangsaan ketika bertanding dalam Kejohanan Piala Asia yang dianggap tidak bersesuaian dengan diet para atlet. Menurutnya kebanyakan para pemain bola sepak negara lebih menggemari roti canai, nasi lemak, dan merokok. Kegagalan menyediakan program-program berkualiti, memungkinkan mutu sukan negara terus merudum dan kita terus ketandusan para atlet yang berpotensi. Contohnya sejak menjuarai Piala Thomas pada 1992, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) terus gagal membentuk sebuah pasukan kebangsaan yang mampu memecah penguasaan China dan Indonesia dalam arena badminton. Biarpun munculnya “gandingan emas”, Koo Ken Kiat dan Tan Boon Heong, namun kegagalan pasukan negara dalam Kejohanan Badminton Dunia bulan lalu menterjemahkan segala-galanya. Namun begitu, segala kelemahan tidak harus menjadi noktah untuk kita terus berusaha. Dengan pengemblengan usaha dan iltizam semua pihak, pastinya “sinar di hujung terowong” dapat dijelmakan untuk mengangkat kembali martabat sukan negara kita.

Selain itu, para atlet negara juga perlu didedahkan dengan kejohanan-kejohanan antarabangsa secara lebih kerap. Penyertaan secara berterusan amat penting dalam usaha memantapkan persembahan serta menyesuaikan diri di dalam situasi pertandingan yang sebenarnya. Pasukan bola sepak contohnya, tidak mampu membentuk persefahaman yang mantap jika digabungkan menjelang saat akhir pada sesebuah kejohanan sahaja. Setiap pemain sudah pasti mempunyai latar belakang kemahiran dan peribadi yang berbeza. Justeru, penyertaan secara berterusan dalam pelbagai kejohanan dapat membentuk persefahaman dalam kalangan mereka seterusnya mampu menuai hasil yang diharapkan. Pencapaian ratu squasy negara, Nicole Ann David sehingga membolehkan beliau berada pada kedudukan teratas senarai pemain terbaik dunia, adalah berpunca daripada penyertaan yang tidak putus-putus dalam pertandingan peringkat antarabangsa. Perlu ditegaskan bahawa kejayaan yang diinginkan tidak boleh dijelmakan dengan usaha secara ala kadar, “seperti melepaskan batuk di tangga”. Sebaliknya ia menuntut iltizam dan kerja keras semua pihak sama ada dalam kalangan para atlet, pihak-pihak berwajib, dan malahan peminat sukan tanah air.

Sesungguhnya kemerosotan mutu sukan negara tidak seharusnya dibiarkan terus berlanjutan kerana ia sedikit sebanyak berkaitan dengan maruah kita pada peringkat antarabangsa. Sejajar dengan usia kemerdekaan negara yang sudah menjangkau angka lima puluh tahun, seharusnya ia telah mematangkan pencapaian kita dalam bidang sukan. Mungkin tiada salahnya untuk kita belajar dengan negara-negara seperti Trinidad dan Tobago atau pun Kenya yang telah berjaya melayakkan diri dalam pertandingan akhir bola sepak Piala Dunia 2006 serta mampu melahirkan atlet olahraga bertaraf dunia. Hanya dengan kerjasama erat semua pihak, misi untuk melihat kelibat anak-anak muda Malaysia beraksi pada pusingan akhir bola sepak Piala Dunia 2014 akan menjadi kenyataan. Bak kata pepatah “pengayuh sudah ada di tangan, perahu sudah ada di tangan”, terserah kepada kita untuk merealisasikan impian 26 juta rakyat Malaysia. “Majulah sukan untuk negara!”