Tuesday 26 April 2011

Berjimat Cermat Amalan Mulia

   Pepatah  melayu ada menyebut  bahawa " beringat semasa ada ,berjimat sebelum habis ".Pepatah ini  ada kaitan dengan nasihat kepada manusia supaya berjimat cermat dalam  segala hal.Berjimat cermat dituntut oleh agama kerana amalan ini dapat  memupuk nilai murni seperti sayang akan harta,sentiasa bersyukur dan prihatin.
   Dalam kehidupan yang semakin mencabar ,sara hidup kita turut  meningkat .Oleh itu ,sewajarnya sikap berjimat cermat  diamalkan .Budaya menabung hendaklah dipraktikkan dengan lebih  giat lagi.
    Berjimat cermat dalam konteks yang lebih luas bukan melibatkan  wang ringgit  semata-mata,malahan  melibatkan  barang  keperluan seperti makanan ,pakaian dan seumpanya .Kita  digalakkan berjimat cermat  dalam semua perkara  dan tidak  membazir kerana  perbuatan membazir amalan syaitan .
     Dalam hal ini kita jangan pula dituduh  sebangai hamba  wang dan digelar tangkai  jering  .Kita hendaklah  mengamalkan nilai  hidup bersederhana dan bijak mengatur  hidup mengikut kemampuan dan keperluan .Tegasnya,orang yang berjimat cermat tidak akan membazir wang untuk membeli  keperluan yang mahal-mahal  atau menjamu selera  saban hari di restoran atau hotel.
     Kita  hendaklah mengamalkan nilai hidup berjimt cermat pada setiap  masa  dan di mana-mana sahaja.Berjimat cermat dapat mendidik kita menjadi  ahli masyarakat yang lebih prihatin terhadap orang lain yang serba kekurangan .Seterusnya ,sikap prihatin dapat membentuk jiwa agar sentiasa insaf dan bersyukur terhadap apa yang ada.

                                                                                                                             - Lailatul umairah-

No comments:

Post a Comment