Friday 15 April 2011

faedah2 komputer

Komputer merupakan alat ciptaan moden yang dapat mempermudah kerja, termasuk dalam bidang pendidikan. Dalam dunia yang semakin canggih, komputer memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.


Penggunaan komputer dalam pengajaran akan dapat menarik minat para pelajar mengikuti pelajaran. Teknik kapur dan papan hitam yang digunakan pada hari ini sangat membosankan para pelajar. Komputer, dengan konsep multimedia, iaitu gambar, bunyi dan warna, mampu menarik minat para pelajar.


Di samping dapat menarik minat, kelebihan ini dapat memudahkan pelajar memahami sesuatu pelajaran. Hal ini demikian kerana para pelajar mendapat gambaran yang tepat tentang sesuatu topik yang dipelajari. Dengan bantuan maklumat yang terdapat dalam bentuk disket atau CD- ROM, mereka dapat melihat gambar dan maklumat pada monitor komputer seperti model yang sebenar. Dengan ini, para pelajar dapat maklumat yang lebih tepat daripada komputer.


Tambahan pula, komputer dapat mempercepat proses pengajaran dan pembelajaran kerana guru tidak lagi menulis dan melukis pada papan hitam. Oleh itu, waktu pengajaran dapat digunakan secara optimum. Malah, masa yang ada dapat digunakan untuk perbincangan atau sumbangsaran yang dapat meningkatkan pemahaman pelajar.


Pengajaran dan pelajaran dapat dilakukan dengan program- program tertentu. Program- program itu dapat digunakan oleh para pelajar untuk membuat ulangkaji. Mereka dapat mencetak bahagian- bahagian yang penting untuk ulangkaji. Hal ini membolehkan pelajar mengulangkaji tanpa bantuan guru. Malah, para guru dapat merangka program tertentu untuk tujuan kendiri.


Para pelajar juga boleh mendapat maklumat atau bertukar- tukar maklumat melalui internet. Dengan ini, proses mendapatkan ilmu tidak lagi bergantung pada guru.


Kesimpulannya, penciptaan komputer memainkan peranan besar dan mampu mengubah proses pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan sekarang.




                                                                              ...shana...

No comments:

Post a Comment