Sunday 15 May 2011

cara-cara menjaga alam sekitar

Kebersihan merupakan aspek terpenting dalam hidup manusia .Kebersihan mencerminkan peribadi sebuah masyarakat dan negara .Kebersihan tidak terhad kepada menjanga kebersihan tubuh badan ,malah merangkumi kebersihan alam sekitar .Oleh itu ,rakyat negara haruslah bersama-sama berusaha untuk memelihara kebersihan alam sekitar .

            Amalan menjanga kebersihan alam sekitar seharushya bermula di rumah.Ibu bapa perlu menunujukan teladan kepada ahli keluarga yang lain.Mereka boleh mengarah kan anak-anak untuk membantu mereka membersihkan kawasan rumah .Anak-anak dibahagikan mengikut kapasiti masing-masing seperti menyapu halaman rumah,membersihkan tempat-tempat takungan air dan menanam bunga - bungaan untuk mencantikan pemandangan.

             Di samping itu, aktiviti gotong royong patut sering dilakukan di kawasan perumahan dan juga kampung.Antara aktiviti yang boleh dijalankan ialah membersihkan saluran air yang tersumbat,menanam pokok-pokok dan membersihkan taman permainan kanak-kanak.       Aktiviti seperti ini bukan sahaja dapat membersihkan serta mengindahkan alam sekitar,malah dapat mengeratkan ikatan perpaduan antara kaum.

            Konklusinya ,aspek kebersihan mestilah dititikberatkan dalam kehidupan kita .Setiap orang di negara ini harus bersama-sama menggalas tanggugjawabmemelihara persekitaran bak kata perpatah,berat sama dipikul,ringan sama dijinjing.Negara yang bersih akan melahirkan masyarakat yanh sihat.


~FATIN NURAFIFAH~

No comments:

Post a Comment